Ramai yang mengeluh disebabkan pinjaman perumahan ditolak oleh pihak bank. Di sini saya kongsikan 5 tips untuk meningkatkan peluang supaya pinjaman perumahan anda lulus.
1) Penyata gaji
Biasanya pihak bank akan melihat pada pendapatan anda melalui penyata gaji. Gaji yang besar dan kurang potongan biasanya senang untuk pinjaman lulus. Tetapi awas jika anda rasa selesa disebabkan gaji anda besar tetapi banyak potongan dan hutang kemungkinan pinjaman anda juga akan ditolak.
2) Penyata Bank
Bank biasanya akan lihat pada penyata bank yang mana gaji anda masuk ke dalam akaun tersebut. Jika gaji anda masuk RM 5000 sebulan jangan biarkan baki itu berkurangan kepada 3 angka. Bank akan membuat andaian walaupun gaji besar tetapi anda banyak hutang dan mempunyai masalah kewangan.
3) Rekod CCRIS & CTOS
CCRIS adalah rekod bayaran hutang anda kepada bank. Rekod ini adalah daripada Bank Negara Malaysia. Biasanya permohanan pinjaman perumahan anda akan ditolak disebabkan rekod CCRIS yang kurang cantik iaitu kita mempunyai tunggakan bayaran bulanan melebihi satu bulan. Manakala CTOS pula adalah rekod saman disebabkan gagal untuk membayar hutang. Jika CCRIS dan CTOS anda bermasalah, biasanya pinjaman perumahan anda akan ditolak.
4) Pendapatan Sampingan
Untuk memudahkan pegawai bank meluluskan pinjaman perumahan, lebih elok jika anda sediakan pendapatan sampingan semasa memohon pinjaman. Contohnya anda mempunyai pendapatan untuk rumah sewa, peniagaan dan lain-lain lagi. Selain daripada itu simpanan anda di ASB, Tabung Haji, Saham, Emas, Unit Amanah, Simpanan Tetap (FD) boleh juga membantu pinjaman anda lulus dengan mudah.
5) Lokasi Hartanah
Apabila membeli hartanah pastikan lokasi yang dibeli di kawasan yang tidak berbahaya ataupun bukan kawasan bermasalah. Sesetengah bank menolak pinjaman perumahan anda disebabkan lokasi yang mereka fikir mempunyai risiko yang tinggi. Sebagai contoh Bukit Beruntung (banyak unit yang dilelong di kawasan tersebut) , Bukit Antarabangsa (kawasan yang ada potensi tanah runtuh)
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, jika anda berhajat untuk membeli rumah, pastikan anda mempunyai perancangan yang betul dan tidak terlalu terburu-buru. Dapatkan nasihat daripada ejen hartanah anda, pegawai bank dan lawyer untuk maklumat yang lebih tepat.
Artikel dikarang oleh Hilal Alias
Senior Negotiator di Azmi & Co KL (Estate Agency ) Sdn Bhd
0 Komentar untuk "5 TIPS SENANG LULUS PINJAMAN RUMAH"