BENARKAH POKOK GHARQAD PENYELAMAT YAHUDI?





Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, "Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi." - Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi).

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr. Fadlan Mohd Othman, semua batu akan bercakap kecuali pokok GHARQAD yang tidak akan bercakap. Dari hadis itu, orang Yahudi sudah mempersiapkan diri mereka untuk berhadapan dengan tentera Islam. Walaupun ia mungkin akan berlaku lambat lagi namun persiapan untuk menghadapinya sedang rancak dibuat.

Jelasnya, pokok GHARQAD atau nama lainnya Nitraria Retusa sedang ditanam dengan meluas di Israel dan Palestin untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian. Usaha yang dilakukan oleh Yahudi itu menjadi petanda bahawa mereka juga percaya pada kebenaran Hadis Rasulullah s.a.w. Mereka mengkajinya bukan untuk beriman sebaliknya mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri dan sentiasa menanti saat yang dijanjikan seperti yang disebut di dalam hadis.

Kemudian hadis itu dijawab oleh Yahudi. "Kalaupun benar perkara itu berlaku tapi bukan orang Islam yang berada pada masa terdekat ini." Yahudi sudah mengetahui bahawa orang Islam belum bersedia untuk memeranginya dan menang. Mereka berhujah, mungkin suatu hari nanti masanya akan tiba apabila orang Islam itu cukup kuat untuk mengalahkan Yahudi. Masanya, apabila solat Subuh, ramainya orang Islam mengerjakannya sama macam solat Jumaat, ketika itulah mereka akan rasa gerun kerana orang Islam semakin kuat.

Menjelaskan hal itu, Dr. Fadlan berhujah, untuk memerangi Yahudi, perlukan kekuatan bukannya dari segi ketenteraan dan senjata tetapi dari segi keimanan. Kekuatan umat Islam mestilah setaraf dengan para sahabat ataupun hampir sama dengan para sahabat.      

Dan, salah satu untuk mengukur keimanan adalah dengan solat. Sebab itulah disebutkan, selagi solat Subuh umat Islam belum lagi seperti solat Jumaat, maka ketika itu kekuatan orang Islam belum lagi cukup untuk memerangi dan menang ke atas Yahudi. Di situ, maksudnya, solat Jumaat yang kita perhatikan sekarang ini memang ramai jemaahnya tetapi tengoklah pula ketika solat Subuh memang susah untuk mendapatkan satu saf penuh kecuali ada dua tiga orang sahaja. Kalau dilihat pada keaadaan sekarang memang tidak nampak tandanya lagi bahawa orang Islam itu kuat tapi ia pasti akan berlaku suatu hari nanti. 
0 Komentar untuk "BENARKAH POKOK GHARQAD PENYELAMAT YAHUDI?"

 
Copyright © 2014 kecoh kepoh - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info