20 Oktober lalu, kami ada menyiarkan tentang seorang lelaki warga
Pakistan terpaksa bermalam di KLIA selepas gagal mencari pekerjaan di
negara ini.
Kisah Ibrahim, warga Pakistan yang bernasib malang ini mencetuskan rasa
simpati netizen serta warga kerja di KLIA sehingga ada yang mahu
menghulurkan bantuan memberi pekerjaan atau sumbangan tunai untuknya
bertahan sementara di KLIA.
Dalam perkembangan terkini, kami dimaklumkan lelaki itu telah pun kembali ke Pakistan petang tadi.
"Salam admin, Uncle Ibrahim sudah berlepas balik. Sempat berborak dengan
dia tadi. Sebak pula rasanya. Saya kerja di airport, jadi kamilah
tempat uncle refer apa-apa selain makan minum dia. Sampai kawan saya
dapat bantu uruskan tiket penerbangan pulangnya.
"Kebetulan kedai yang saya kerja ini bersebelahan dengan International
Departure. Jadi, dapatlah merakam gambar betapa gembira dan terujanya
dia dapat balik ke kampung halaman," kata Farha Athirah yang menghubungi
kami lewat petang tadi.
"Terima kasih juga pada rakyat Malaysia yang membantu uncle Ibrahim.
Ramai juga kakitangan airport yang datang memberi makanan selain
kawan-kawan tempat kerja saya.
"Seperkara lagi, pada yang minta bantuan kewangan berkaitan uncle
Ibrahim ini, minta dihentikan sebab uncle sudah balik. Jadi, tak naklah
ada yang mengambil kesempatan," katanya.
Syukur alhamdulillah. Inilah kebaikan media sosial, dapat membantu orang
yang benar-benar memerlukan bantuan. Mujur ada pihak yang sudi mencari
dan membantu Ibrahim. Tidak terbayangkan bagaimana keadaannya tinggal di
KLIA tanpa makan dan minum sementara menunggu penerbangannya pulang ke
negaranya pada 11 November.
Terima kasih kepada pihak yang sudi membantu. Moga Allah murahkan rezeki anda. Amin.. - THEHYPEMEDIA
0 Komentar untuk ""Terima kasih juga pada rakyat Malaysia ""