Rakan Artis Arwah Yus Jambu
Helmi berkata, arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.
“Ketika dia menyanyi lagu tersebut saya sendiri rasa sebak kerana cara
nyanyian serta lagu tersebut diubah liriknya seperti memberi nasihat
buat kali terakhir.
“Lagu yang sepatutnya dinyanyikan lirik ‘aku menulis bukan kerana nama’,
ditukar kepada ‘aku melawak bukan kerana nama’ serta lirik lain yang
banyak menyentuh nasihat. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir
saya berkongsi pentas dengannya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Helmi berkata, dia yang bertindak sebagai pengacara pada malam tersebut
memberitahu arwah menyampai tiga buah lagu termasuk lagu tersebut.
Bagaimanapun, katanya, arwah tidak banyak bercakap dan kelihatan pucat sepanjang persembahan malam itu.
“Dia sangat lain, selalu jika saya melawak dengannya pasti dia sambut, tetapi tidak semalam. Dia banyak diam dan wajahnya pucat.
“Saya tanya adakah dia tidak sihat, namun katanya, dia agak penat,” katanya.
Sementara itu, Helmi berkata, arwah juga merupakan seorang yang perahsia
dan tidak memberitahu tentang penyakit yang dihadapinya.
“Saya kenal dia ketika satu pentas Raja Lawak musim pertama dan dia
seorang yang suka menyendiri. Ketika di hospital semalam pun saya ada
bertanya kepada keluarganya tentang penyakit tersebut.
“Keluarganya mengakui dia ada mengihidap sakit jantung dan asma,” ujarnya.
Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk
Freddie Fernandez berkata, terkejut apabila dimaklumkan tentang berita
pemergian pelawak yang banyak memberi kerjasama dengan Karyawan.
Katanya, sebagai penganjur, dia juga agak terkilan kerana tidak dimaklumkan tentang penyakit pelawak tersebut.
“Kita kehilangan seorang bintang yang sentiasa beri sokongan kepada
Karyawan. Allahyarham tidak pernah menolak jika diminta membantu
sebarang majlis anjuran Karyawan.
“Secara jujur memang ada sedikit kesal kerana tidak tahu dia ada masalah
kesihatan, kalau tahu kita tidak minta dia nyanyi banyak lagu malam
tadi, namun ajal maut itu sudah ditentukan tuhan,” ujarnya.
Freddie berkata, dia sedang merancang untuk memberi sokongan dan sumbangan kepada keluarga Allahyarham dalam masa terdekat.
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia
akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi
Isnin.
Sumber: ohawan
0 Komentar untuk "Lirik lagu terakhir yus jambu‘‘aku melawak bukan kerana nama’ "