Kisah Bagaimana Pemuda Ini Mampu Memiliki Landed Property Bernilai RM880k Pada Umur 26 Tahun
Pagi-pagi dapat Whatsapp daripada pemuda ni yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan financial protection,
jadi saya terus buat temujanji untuk berjumpa selepas kerja. Kebetulan
tempat kerjanya berdekatan dengan tempat tinggal saya sekarang.
Alhamdulillah. Orang yang saya temui ni
bukan jumpa saya untuk minta tolong waktu tak dapat ditolong. Masih lagi
sihat dengan keadaan kewangan yang stabil.
Kebanyakan kes orang yang
bersungguh-sungguh nak jumpa ni bila mereka tau mereka ada ‘sesuatu’,
dalam erti kata lain, dah sakit. Bila sakit barulah nak cari financial
protection terhadap bil perubatan.
Bila sakit tiba-tiba ada duit banyak
pulak nak ambil medical card, dulu kita offer banyak alasan. Maaflah,
kalau dah sakit, memang kita tak boleh tolong.
Bukan setakat itu, pemuda ini dah capai
sesuatu yang 99% pemuda kat Malaysia ni tak ada lagi. Termasuk saya. Tak
sangka apa yang dia dah capai agak luar biasa untuk orang yang makan
gaji.
Pemuda ini bekerja sebagai eksekutif
perakaunan di sebuah syarikat pemaju. Berumur 26 tahun. Menariknya, dia
sudah bekerja sejak umurnya 20 tahun. Tamat pengajian tinggi lebih awal
berbanding mereka yang sebaya dengannya dan dengan kelebihan sebagai
‘pelajar lompat’, menjelang umur 20 tahun dia sudah menamatkan
pengajiannya ijazahnya melalui program fast track di UiTM.
Mula bekerja seawal umur 20 tahun dan
dia bukanlah daripada keluarga yang berada. Orang biasa. Hartanah
pertama yang dibeli adalah sebuah apartmen di Sri Damansara pada harga
RM82,000 pada tahun 2009, selepas 6 bulan bekerja. Tinggal sendiri. Downpayment dapat daripada hasil duit kerja part time yang dibuat semasa belajar.
Kalau budak-budak biasa, duit part time
habis kat iPhone, iPad, Samsung Galaxy dan macam-macam lagi. Tak kurang
juga ada yang tukar rim, hias moto sendiri dengan harapan dapat tambah
horsepower. Belum cerita yang angkat Myvi lagi. Dia tak. Pendapatan
kerja part time disimpan dalam ASB.
Tak pasti dia sewakan ke tak bilik yang
lain, tapi point penting kat sini dia beli hartanah seawal mungkin. Masa
tu tak beli kereta lagi, bertepatan dengan apa yang saya kongsikan
sebelum ni dalam entri Dua Rumah Satu Kereta. Bila dah beli kereta, kena tunggu kurang-kurang setahun lagi baru mampu beli rumah kalau ikut gaji kat Malaysia ni.
Pada tahun 2014, hartanah ini dijual
pada harga RM200,000. Keuntungan RM120,000. Tak sikit ke banyak
keuntungan macam tu? By that time, budak-budak yang sibuk kumpul gadget
mungkin tengah kumpul duit nak upgrade gadget yang dibeli sebelum ni.
Rumah tersebut dijual fully furnished dengan perkakas sebanyak RM20,000
dipakejkan sekali dalam harga jualan. Ada yang kata rugi, tapi kalau dah
untung RM100,000, apa nak kisah sangat kan.
Keuntungan daripada hartanah tersebut
digunakan sebagai downpayment untuk membeli hartanah kedua iaitu sebuah
rumah di Bukit Jelutong. Harga pasaran rumah ini asalnya pada masa itu
adalah RM700,000 namun disebabkan penjual berada dalam keadaan yang
terdesak, dia dapat membeli hartanah tersebut pada harga RM650,000.
Katanya bergaduh jugaklah nak dapat harga ni dengan owner tu.
Rumah di Bukit Jelutong dibeli pada tahun 2014. Dia kini menetap di sini bersama adik beradiknya.
Berapa harga hartanah ini sekarang?
Paling murah saya jumpa adalah RM880,000 dan paling mahal adalah
RM999,000 untuk rumah intermediate dengan keluasan yang lebih kurang
sama.
Walaupun katanya dia tak rancang nak
buat semua ni, tapi langkahnya setakat ini memang tepat. Katanya lepas
ni dia takde nak beli property dah. Cukup dengan sebiji rumah yang saya
yakin harganya takkan jatuh walaupun ekonomi slow down.
Saya memang kagum dengan pemuda ini
sebab dia mewakili orang biasa seperti saya dan anda, yang tak
mengharapkan harta mak bapak untuk hidup, bekerja keras dari awal dan
hanya makan gaji untuk capai apa yang dia ada sekarang. Siapa kata orang
makan gaji tak boleh kumpul aset?
Jadi apa pengajarannya kat sini:
1) Beli hartanah seawal mungkin selepas
mula bekerja. Jangan kahwin dulu, jangan beli kereta dulu. Tapi untuk
realisasikan ini, kena rancang lebih awal, masa belajar lagi supaya masa
belajar dah start kumpul duit.
2) Lokasi yang betul. Seperti entri saya sebelum ni tentang persoalan samada nak beli hartanah sekarang atau tidak, sepanjang
masa adalah peluang yang bagus untuk membeli hartanah asalkan lokasinya
di tempat yang memang strategik. Sri Damansara adalah contoh lokasi
ini, memang terletak di tengah bandar, dikelilingi lebuhraya dan lengkap
dengan segala kemudahan awam.
Beli untuk tinggal sendiri boleh, nak
sewakan pun boleh sebab faktor lokasi ni menjadikan hartanah ini
sentiasa dalam permintaan, samada untuk sewa atau jual.
3) Beli hartanah di bawah harga pasaran.
2014 orang kata harga hartanah dah mula slow down. Memang masa yang
tepat untuk beli sebab sentiasa ada orang yang terdesak nak jual
hartanah pada masa ni, terutamanya untuk hartanah yang high end. Dengan
timing dan bagus dan bajet yang cukup, dia dapat good deal daripada
pembelian hartanah keduanya.
4) Tak perlu pergi seminar hartanah pun
dah boleh dapat pencapaian macam ni. Kalau anda setakat nak beli
hartanah untuk tinggal sendiri, tak payahlah tunggu atau hebohkan sangat
nak pergi semua seminar hartanah. Trend sekarang saya tengok, tiap-tiap
tahun orang pergi seminar hartanah, tapi bila tanya apa yang dah
dibeli, belum beli. Ilmu tanpa amal.
5) Habis belajar cepat-cepat. Kat
Malaysia ni belajar tinggi-tinggi pun gaji sama jugak. So untuk
adik-adik lepasan SPM, habis sekolah carilah course yang biasa-biasa dan
boleh cepat habis. Bila habis awal, kerja awal. Bila kerja awal, boleh
beli hartanah lagi awal daripada orang lain. Bila beli hartanah awal,
lagi cepat untung.
Sekarang, dia dah tak perlu pening.
Kerja macam biasa untuk maintain rumah sebiji tu. Umur 26, pengalaman
kerja dah 6 tahun (gaji pun dah boleh demand kalau pergi mana-mana) dan
ada hartanah landed freehold berharga hampir RM1 juta, nak apa lagi?
Bila jumpa orang macam ni mengingatkan saya kenapa saya suka buat bisnes takaful
ni. Sebab utamanya dapat jumpa 1-on-1 dengan orang macam ni dan dengar
kisahnya. Lama jugak bersembang semalam. Terima kasih atas masa dan
kisah yang dikongsikan.
sumber : arifshah
0 Komentar untuk "Kisah Bagaimana Pemuda Ini Mampu Memiliki Landed Property Bernilai RM880k Pada Umur 26 Tahun"