Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda

Malas, takde masa atau belum rasa nak pergi seminar hartanah? Ok. Boleh baca panduan ni dulu. Saya cuba terangkan point by point dan akan kemaskini dari masa ke semasa. Harap dapat membantu golongan muda seperti anda dan saya membeli rumah, terutamanya yang belum membeli rumah la.
Yang berpengalaman kalau nampak ada kekurangan mohon tambah di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Sebarang share ke laman sosial adalah dibenarkan. Teruskan usaha murni anda untuk berkongsi ilmu dengan rakan dan keluarga.

1. Modal – No Money No Talk

beli rumah deposit
Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah? Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda.
  1. Down payment 10%. Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%. 3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.
  2. Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.
  3. Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.
  4. Valuation fees atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.
  5. Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.
  6. Takaful. Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.
Kesimpulannya daripada di atas, modal untuk membeli rumah adalah 15 – 16% daripada harga rumah (10% deposit + 3% S&P + 2.5% loan + 0.25% valuation).
Baca bagaimana anda boleh mengurangkan risiko mengambil personal loan untuk pembelian rumah.

Berapa Banyak Loan Yang Boleh Saya Pohon?

Secara asasnya, 90% daripada harga belian rumah. Tapi anda boleh dapat lebih.
  1. Untuk pembeli rumah pertama, biasanya boleh mohon sebanyak 95% daripada bank dan ini bergantung kepada bank / pakej yang ada semasa memohon. 5% tu adalah untuk memodalkan kos S&P dan loan agreement.
  2. Anda boleh memohon daripada seberapa banyak bank yang anda mahukan untuk mendapatkan kadar pinjaman dan pakej yang terbaik. Syaratnya, hantarkan permohonan ini semua serentak atau dalam minggu yang sama.
  3. Kalau tak dapat 95%, anda masih boleh dapat 90% + 2.5% di mana 2.5% tadi adalah untuk kos loan agreement dan duti setem loan.
  4. Kos takaful juga boleh dimasukkan ke dalam loan dan kebiasaannya, sekiranya ambil takaful dengan bank, anda akan mendapat kadar istimewa daripada bank. Tapi tak semua bank buat macam ni. Akan diterangkan lagi di bawah.
  5. Ada bank boleh berikan renovation loan sebanyak 10% daripada harga rumah dengan kadar faedah yang menarik. Terpulang kepada keperluan anda samada nak ambil atau tidak.

Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Deposit Rumah?

Jawapan mudah, boleh.
Walaupun begitu, dalam kebanyakan kes anda masih perlu menyediakan wang tunai 10% untuk pembayaran deposit rumah. Tapi sekiranya anda boleh berunding dengan pemilik rumah, bayaran tunai 10% ini boleh ditangguhkan sehingga anda dapat keluarkan wang simpanan dalam KWSP tadi.
Untuk hartanah leasehold, berkemungkinan besar pemilik rumah tak sanggup tunggu. Untuk freehold, masih ada peluang.
Sila baca entri Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bagi Pembelian Rumah untuk maklumat lebih lanjut.

Dengan Gaji Saya, Layak Ke Dapat Pinjaman?

Ada gaji belum tentu layak dapat loan.
Setiap bank ada kriteria untuk meluluskan permohonan pinjaman. Cara paling mudah untuk mengetahui seseorang itu layak ke tak dapat pinjaman adalah berdasarkan komitmen bulanan seseorang itu selepas dapat pinjaman perumahan vs pendapatan bulanannya.
Komitmen yang biasa diambil kira ialah:
  1. Hutang kereta. Paling biasa untuk golongan muda.
  2. Hutang kad kredit. Perlu ada dalam keadaan yang terkawal. Saya akan terangkan lebih lagi nanti.
  3. Hutang personal loan. Elakkan sekeras-kerasnya.
Pendapatan yang diambil kira ialah:
  1. Gaji dan elaun tetap (dinyatakan dalam slip gaji)
  2. Bonus tahunan. Dikira berdasarkan bonus setahun dibahagikan 12 bulan.
  3. Komisen lain seperti contoh komisen takaful. Pendapatan komisen ni perlu diishtiharkan kepada LHDN dan dibayar cukai
  4. Pendapatan daripada penyewaan (dibuktikan dengan kontrak sewa).
Nak mudahkan cerita, kita kira berdasarkan gaji sahaja. Kalau ada pendapatan berlebihan nanti banker anda akan kirakan DSR.
DSR = Jumlah komitmen (Instalment bulanan rumah + instalment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + instalment personal loan) / Gaji bulanan x 100
Untuk kira anggaran instalment bulanan rumah, boleh kira menggunakan loan calculator yang boleh dijumpai di mana-mana laman web bank / berkaitan hartanah. Kebiasaannya, DSR yang ok untuk kelulusan pinjaman perumahan adalah <60% kalau gaji RM3000 ke bawah dan <70% kalau gaji antara RM3000 – RM6000.
Kadar yang saya nyatakan ni sebagai panduan je tapi secara asasnya macam itulah. Check dengan banker anda untuk mengetahui samada anda benar-benar layak atau tidak.

Bagaimana Pula Dengan Loan Kerajaan?

Sebelum ada yang bertanya di ruangan komen, maaf. Saya memang takde pengalaman dengan loan kerajaan. Boleh rujuk agen atau seach google untuk mereka yang tahu prosesnya.

2. Kat Mana Nak Beli Property Bagus?

lokasi beli rumah
Bagus pada saya tak semestinya bagus pada anda. Tapi saya kongsikan je apa ciri hartanah yang bagus untuk dimiliki oleh golongan muda sekarang sebagai panduan.
  1. Dekat dengan tempat kerja, lebih-lebih lagi kalau tempat kerja anda di tengah bandar. Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang macam ni. Mudah nak jual/sewa bila anda nak pindah daripada kawasan tersebut nanti.
  2. Dekat dengan pengangkutan awam, terutamanya MRT & LRT. Lagi dekat, lagi bagus dan kalau boleh dalam jarak yang mampu dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang terletak dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai kadar sewa yang lebih mahal.
  3. Bukan tempat jin bertendang. Maksud saya di sini, bukan di kawasan yang tidak mempunyai perancangan bandar yang betul dan tidak mempunyai kemudahan awam yang lengkap.
Tak perlu banyak-banyak. Kalau salah satu daripada 3 point ini menepati ciri-ciri property yang anda minat, maka boleh kata betullah pilihan anda.
Yang penting kat sini adalah pembelian hartanah mestilah berdasarkan pelbagai faktor penting yang telah pertimbangkan. Antara faktor ini ialah matlamat pembelian samada pelaburan/own stay, kemudahan/keselesaan anda & keluarga anda, potensi kawasan tersebut dan kemampuan anda.
Jangan ikut bulat-bulat cakap orang atau keluarga sebab rumah beli rumah ni hutang sampai mati (kalau ditakdirkan anda pendek umur), jadi pilih betul-betul. Salah pilih nanti menyesal tak sudah.
Jadikan cadangan dan recommendation orang lain sebagai panduan sahaja.

3. Site Viewing Rumah

seksyen 7 shah alam
Berdasarkan panduan yang dinyatakan di atas dan keperluan anda, anda menjumpai hartanah yang mahukan. Tapi sebelum anda keluarkan duit walau satu sen pun kepada sesiapa, pastikan anda pergi tengok dulu hartanah yang anda minat itu.
Kenapa? Sebab iklan kat Mudah atau iProperty bertujuan untuk menjual, sudah semua yang ditulis dalam iklan baik-baik sahaja. Jangan sebab agen cakap ramai orang nak hartanah tersebut anda terus letakkan booking semata-mata tak nak bagi dapat kat orang lain.
Jadi cari masa, pergi tengok dulu hartanah tersebut. Apa yang biasanya saya akan lihat adalah:
  1. Keadaan persekitaran dan kejiranan. Siapa jiran? Kaum apa? Pelajar / pekerja / keluarga / orang asing?
  2. Parking cukup ke tak? Nak tau parking cukup ke tak senang je, tengok property tu pada waktu malam hari bekerja. Siang orang semua keluar pergi kerja.   Hartanah yang parking tak cukup adalah petanda yang kawasan tu senang dapat penyewa dan mungkin tak sesuai dengan mereka yang nak sedikit privacy.
  3. Adakah hartanah tersebut diselenggara dengan baik? Hartanah yang kita tengok tu mungkin cantik, tempat best, tapi penyelenggaraan tak bagus pun masalah jugak. Contoh penyelenggaraan tak bagus seperti bangunan nampak uzur / buruk sebab tak pernah dicat semula, rain gutter yang rosak / tersumbat (yang ni boleh nampak kalau lantai tiba-tiba ada kesan lumut atau memang nampak rain gutter dah barai), lif yang gelap dan suram dan lampu di laluan utama tak menyala.
    Anda betul-betul kena pertimbangkan semula kalau nak beli hartanah dalam keadaan macam ni. Tak best sebab maintenance fee kena bayar, tapi penyelenggaraan tak dibuat.
  4. Kemudian masuk dalam rumah. Pastikan rumah cukup sifat, mana yang sepatutnya ada pintu, kena ada pintu dan mana yang patut ada dinding, ada dinding. Saya cakap macam ni sebab ada pemilik jadikan rumah tiga bilik kepada dua bilik. Benda-benda ni kita perlu tahu.
  5. Bila semua cukup sifatnya, tengok pulak keadaan dalaman rumah. Dijaga dengan baik atau tidak, toilet tersumbat ke tak? Dinding cantik atau penuh dengan contengan anak kecil? Tiles menggelembung ke tak? Parquet floor cukup ke tak bilangan kepingan kayu tu? Point-point ini boleh digunakan untuk rundingan harga dengan pemilik. Ambil gambar mana yang patut.
  6. Kalau ada perabot/perkakas yang ‘melekat’ seperti kabin dapur, kipas siling, aircon, kabinet kasut, wardrobe pastikan samada benda-benda ni dimasukkan sekali dalam harga pembelian rumah atau tidak. Ini untuk mengelakkan anda berputih mata bila pindah masuk nanti, mula-mula ingatkan dapat aircon free, aircon pulak baru lagi, kurang setahun dipasang, pindah masuk tengok dah kena cabut.
    Kalau banyak perkakas, minta agen buatkan senarai inventori rumah yang dimasukkan sekali dalam harga belian rumah supaya kita tau apa yang kita dapat dan penjual tak ambil apa yang sepatutnya ditinggalkan.
Lepas site viewing, balik rumah dulu. Ambil masa 2-3 hari untuk berbincang dengan pasangan, keluarga, rakan yang lebih arif tentang hartanah ni. Tengok online forum sebab kalau ada sesuatu best, biasanya mesti akan ada orang komplen kat internet.
Bila semua tu dah buat dan keputusannya positif, boleh proceed ke step seterusnya.

4. Proses Membeli Rumah

Berdasarkan panduan dan keperluan, anda telah menjumpai hartanah yang bersesuaian. Anda juga mempunyai modal yang cukup untuk memulakan proses pembelian tersebut. Ini adalah langkah-langkah pembelian hartanah tersebut.
  1. Bayar earnest deposit / booking fees kepada agen hartanah atau pemilik hartanah tersebut. Sebolehnya bayar menggunakan cheque / bank draf supaya lebih selamat. Bahaya bawa cash banyak-banyak dan ada rekod rasmi kalau bayar guna cara ini.
  2. Dapatkan booking slip daripada agen atau surat daripada pemilik yang mengatakan anda telah membayar sejumlah amaun tersebut untuk membeli hartanah tersebut.Syarat penting seterusnya yang perlu dinyatakan dalam surat ini ialah wang booking ini akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman min 90% daripada harga rumah dalam satu tempoh masa tertentu. Biasanya tempoh masa ni sebulan, ada yang dapat lebih. Kedua-dua pembeli dan pemilik / agen hartanah perlu menandatangani surat ini.
  3. Agen akan cadangkan panel lawyernya dan kalau anda mempunyai preferred lawyer (mungkin ahli keluarga) lagi senang. Lawyer firm ni nak senang kita pilih yang paling dekat dengan kita dan kalau boleh berdasarkan recommendation orang yang kita kenal. Kalau ada lebih daripada satu lawyer firm yang kita rasa ok, minta quotation daripada firm ni untuk bandingkan rate terbaik. Boleh jimat antara RM500 – RM1k kat sini.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank. Dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, slip gaji 3 bulan (min. 6 bulan untuk yang dapat gaji berkomisen) salina penyata KWSP, surat pengesahan bekerja, EA form (sekiranya ada) dan dokumen sokongan lain seperti slip Fixed Deposit atau salinan muka surat terkini ASB/Tabung Haji/penyata unit trust.
  5. Hantarkan permohonan ke sekurang-kurangnya dua buah bank. Kalau anda gunakan perkhidmatan loan broker lebih mudah, tetapi kebiasaannya akan terdapat syarat tersembunyi kalau berurusan dengan mereka. Contoh syarat tersembunyi seperti anda perlu mengambil MLTT daripada mereka atau menggunakan panel lawyer mereka.Kalau anda jenis tak kisah pasal perkara ni, tak mengapa. Disebabkan mana-mana bank pun sekarang ni ada produk Islamik, gunakanlah loan yang Islamik ya. Niatkan kita nak pilih yang halal supaya lebih berkat.
  6. Dalam masa seminggu dua, anda akan mendapat jawapan daripada bank-bank ini. Tunggu sehingga anda dapat jawapan daripada kesemua bank dan kalau tempoh masa tak mengizinkan, seminggu sebelum tamat tempoh masa tu, minta extension. Biasanya pemilik rumah boleh bagi sebab dia pun malas nak tunggu cari prospek pembeli lain.
  7. Pilih pakej pinjaman terbaik. Secara asasnya, pakej terbaik untuk pembeli rumah pertama adalah yang memberikan pinjaman paling banyak untuk tempoh masa paling lama pada kadar keuntungan paling rendah. Ada pakej yang mungkin tak dimasukkan sekali kos untuk lawyer tadi, boleh minta untuk dimasukkan. Ada bank yang fleksibel, walaupun surat tawaran pinjaman dah keluar, kita masih boleh minta untuk masukkan itu ini dan mereka akan keluarkan surat baru. Tandatangan surat tawaran perjanjian.
  8. Lepas sign surat tawaran, inform lawyer firm pilihan kita untuk siapkan S&P. Kemudian, inform agen/owner yang kita dah ada pinjaman dan bayar 7% tadi kepada agen/owner.
  9. Tandatangan S&P.
  10. Dari sini lawyer akan menguruskan segala-galanya bagi pihak anda. Bagi hartanah leasehold, memang akan masa lama sikit sebab memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Sebulan lebih jugaklah nak tunggu, kalau ada cuti banyak, lagi lama. Untuk hartanah freehold, proses pertukaran nama ni straight forward. Untuk hartanah yang masih dalam pembinaan, tunggulah sehingga hartanah anda siap baru boleh cerita.
  11. Bila urusan dah nak selesai, lawyer akan mula meminta pembayaran yuran dan duti setem rumah. Kena siap sedia untuk menghadapi saat ini sebab kalau tak bayar, transaksi tak boleh diteruskan. Bagi pembelian subsale yang ada lebihan daripada loan, boleh minta lawyer untuk kontra-kan terus bayaran tadi.
    Selain itu, yuran guaman + duti setem untuk surat perjanjian pinjaman mungkin tidak mencukupi dan anda mungkin kena tambah sikit duit sendiri. Untuk mengelakkan daripada ini berlaku, minta quotation awal-awal lepas sign S&P supaya tak terkejut kalau mereka minta pembayaran.
  12. Untuk yang membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu membayar interest terhadap progress payment yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju. Jangan terkejut pula kalau kadar bayaran ni semakin lama semakin meningkat kerana ia dikira berdasarkan berapa banyak pembayaran (progress payment) yang telah dilakukan oleh bank kepada pemaju.
  13. Bila semua dah selesai, lawyer akan panggil untuk tandatangan dokumen penyerahan. Biasanya lawyer akan berikan sekali salinan bil utiliti terakhir yang telah dilangsaikan oleh pemilik sebelumnya. Apa yang anda perlu periksa adalah untuk memastikan tiada tunggakan pada semua bil (elektrik, air dan kumbahan) serta maintenance fee. Kalau ada tunggakan, tuntut cepat-cepat. Lagi lama tunggu, lagi susah nak tuntut balik.
  14. Bawa dokumen S&P tadi bila nak tukarkan nama pada bil utiliti.
panduan beli rumah pertama
Membeli rumah ni perlu perancangan yang rapi, terutamanya rumah pertama. Sekurang-kurangnya setahun sebelum membeli anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan pengetahuan untuk membeli rumah pertama. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerugian kalau tersilap langkah.
Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa ikut kerajinan saya. Bookmark supaya anda boleh rujuk semula pada bila-bila masa. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel 2000+ patah perkataan ni.
Kalau ada yang tersilap / outdated, maaflah. Saya bukanlah pakar hartanah. Yang dikongsikan di sini adalah berdasarkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dicedok sana sini.

sumber : arifshah
1 Komentar untuk "Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda"

SELAMAT SIANG,

Penawaran pinjaman yang andal berlaku sekarang dan dapatkan pinjaman !!! Ini kesempatan
bagi mereka yang dalam kesulitan keuangan dan mereka yang ingin kekacauan keuangan masuk
hidup mereka, kami memberikan kredit pada tingkat bunga 2% yang sangat wajar, kami berikan
semua jenis pinjaman untuk membantu bangsa stres keuangan. Banyak yang
menderita dan membutuhkan bantuan untuk meningkatkan standar hidup mereka, banyak yang keluar
pekerjaan dan membutuhkan bantuan keuangan untuk memulai bisnis, banyak dari keuangan
bantuan harus menghapus akun dan utangnya. Ini adalah keputusan yang bijaksana
untukmu sekarang Penawaran pinjaman kami dijamin berarti tidak ada jaminan di
pertanyaan. Sebagai pemohon pinjaman Anda meminta pinjaman dengan rincian
kontak saya di bawah ini. Nama: John E-mail: mrjohnrobertloanfirm@gmail.com
Whatsapp (+2349051288172)

 
Copyright © 2014 kecoh kepoh - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info