Kecoh di Kompleks Kota Raya, 2 Cedera






KUALA LUMPUR, 20 Dis: Dua dilaporkan cedera di Kompleks Kota Raya apabila satu pergaduhan tercetus antara pekerja kedai telefon dan sekumpulan 20 individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh kedai tersebut.

Menurut polis, keadaan berada di dalam kawalan dan pihak mereka kini sedang mencari suspek yang mencetuskan pergaduhan yang berlaku kira-kira 5 petang hari ini.

Menurut laporan dari TheStar, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media di luar kedai berkenaan dan meminta wang mangsa-mangsa yang di dakwa telah ditipu itu dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Deputi Supritendan M Gunalan bagaimanapun berkata pihak yang mencetuskan pergaduhan itu adalah pihak yang berasingan

"Mereka datang tidak lama selepas kumpulan itu(PPIM) mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang yang datang dengan kayu dan topi keledar dan memulakan pergaduhan dengan kira-kira lapan pekerja di kedai tersebut.

"Daripada apa yang kita dapat lihat, hanya satu meja telah dihancurkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera dirawat kerana kecederaan ringan di Hospital Tung Shin," kata DSP Gunalan. - Siakapkeli.my 
0 Komentar untuk "Kecoh di Kompleks Kota Raya, 2 Cedera"

 
Copyright © 2014 kecoh kepoh - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info