'TOLONG JANGAN SEWA HOMESTAY 513 PUAKA INI'

What a bad experiences! The whole family went to Teluk Intan last Friday/Saturday to attend a wedding ceremony. As usual, kami akan cari homestay. Sewa this one homestay for RM250 for one nite. Bila Google info Homestay 513 nie, semua pics + info provided memang worth the money paid and can accomodate our 3 families.

Dalam Facebook pula, nama page 'Homestay Teluk Intan Darul Islam'. Tapi bila dah sampai di homestay 513, ini yang kitorang dapat:
  1. Homestay kotor dan berhabuk macam dah lama tak ada manusia duduk.
  2. Television flatscreen + Astro. Tak ada seperti dalam gambar. Cuma tinggal wayar saja.
  3. Patut semua bilik ada penghawa dingin tetapi hanya satu bilik sahaja yang ada. Satu lagi penghawa dingin dah rosak lama dan satu bilik lagi pula memang dah lama tak ada penghawa dingin.
  4. Bilik terakhir and bahagian dapur menyeramkan. Masuk saja ke bilik itu memang bulu roma meremang.
  5. Since malam itu agak menyeramkan, end up semua bawa tilam dan tidur berjemaah ramai-ramai di ruang tamu. Ada entiti duk merayau dalam rumah jam 3-4 pagi.
  6. Tandas pun gelap dan dinding kotor. 
  7. Rumput panjang dan semak tak dipotong.

Pendek kata, semua yang diiklankan dalam web atau Facebook, semua gambar dua tiga tahun lalu yang mungkin di waktu homestay itu tengah cun agaknya. Bila call dan tanya owner, dia kata semua penghawa dingin dan TV telah dicuri oleh penyewa yang terakhir. 
Kalau iye pun, beritahulah awal-awal dan berterus terang. Kasihan budak-budak nak tengok TV tetapi tak dapat. Dapat tengok dinding kosong saja. Duit RM250, tuan rumah seorang bekas guru wanita meminta kami membuat pembayaran penuh. Jadi, nak buat macam mana? Dah bayar, duduk sajalah kan.
Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi ke Teluk Intan, Perak, tolong jangan sewa homestay 513 puaka ini. Tuan rumah memang aware rumah dia teruk. Dia beritahu penghawa dingin dan TV semua tak ada pada waktu pagi bila kami nak masuk rumah. Pandai tak permainan dia? Konon guna nama Homestay 513 Darul Islam tetapi penipu kuat. Please jangan guna nama Islam. Buat malu saja.
Kepada pengusaha homestay semua, tolonglah jangan menipu pelanggan anda. Aku doakan tak selamatlah kau guna duit aku itu. Dasar penipu. Tak tahu berapa ramai yang sudah terkena. - TJ Iskandar Abdul Aziz
0 Komentar untuk "'TOLONG JANGAN SEWA HOMESTAY 513 PUAKA INI' "

 
Copyright © 2014 kecoh kepoh - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info